Monday, February 8, 2010

DALAM MENCARI ERTI CINTA..

Xde spe pun dpt lrikn diri daripada MENCINTAI dan DICINTAI.

kemuncak cinta,ade yg masuk syurga sebab CINTA

ade yg masuk NERAKA sebab CINTA

pandai-pandai la pilih…..

Setiap individu yang berperasaan pasti akan merasai cinta dan mencintai sesuatu.Cinta adalah perasaan halus yang dimiliki hati setiap insan,dan tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seharian.Dalam ISLAM,cinta merupakan perkara utama dalam kehidupan DUNIA dan AKHIRAT.Ini kerana islam sendiri AGAMA YANG BERASASKAN CINTA

Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud:

‘’tiga perkara yang apabila terdapat pada diri seseorang maka ia akan mendapat manisnya iman,yakni:ALLAH dan RASUL-NYA lebih ia cinta daripada yang lain; mencintai seseorang kerana ALLAH,dan benci utk kembali kpd kekafiran sebagaimana ia tidak suka dilemparkan kedalam neraka’’

(HR.Bukhari Muslim)

Islam menyeru kita kpd CINTA,iaitu:

CINTA kpd ALLAH SWT

CINTA kpd RASULULLAH SAW

CINTA kpd AGAMA

CINTA kpd AKIDAH

Juga CINTA kpd MAKHLUK sepertimana Allah menjadikan kecintaan suami isteri sebagai sebahagian tanda dan bukti kekuasaanNya,dlm ayat yg bermaksud:

‘’Dan diantara tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari kalangan kamu sendiri,supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka. Dan dijadikan Nya cinta kasih sayang antara kamu.Sesungguhnya pada yg demikian itu tanda bagi orang yang berfikir.’’

(Ar-rum;21)

Iman dalam islam ditegakkan berasaskan cinta dan kasih sayang sebagaimana sabda Rasulullah saw yg bermaksud;

‘’Dmi Dzat yang diriku ada ditanganNya,kamu tidak akan msuk syurga sehingga kamu beriman,dan kamu tidak akan beriman dengan sempurna hingga kamu saling mencintai.Hendakkah aku tunjukkan kalian kepada sesuatu yg jika kalian lakukan kalian akan saling mencintai?Sebarkanlah salam di antara kalian.’’

(HR Mulim)

Dalam hadis diatas RAsulullah saw menegaskan bahawa jalan menuju ke syurga bergangtung kpd IMAN,dan iman bergantung kpd cinta.

Maka cnta adalah…

SYARAT kepada IMAN

RUKUN kepada AKIDAH

ASAS dalam AGAMA

Cinta dalam islam adalah kaedah dan system yang mempunyai batas.Ia adalah penunjuk kearah mendidik jiwa membersihkan akhlak serta mencegah atau melindungi diri daripada dosa-dosa.Cinta dapat membimbing jiwa agar bersinar cemerlang penuh dengan perasaan cinta dan dicintai.

SAYANGNYA dalam konteks hari ini,cinta yang lahir sarat hawa nafsu dan menyimpang dari matlamat yang murni.Saban hari kita di dodoikan dengan lagu cinta dan dipertontonkan kisah cinta yang menghanyutkan kita ke DUNIA KHAYALAN YANG MERUGIKAN.Malah ramai yang menyalah ertikan makna sebenar cinta ,sehigga terdorong melampui batas pergaulan dan tatasusila seorang mukmin.

RENUNGILAH hakikat cinta ini agar kita tidak terlajak dalam memahami erti cinta yang sebenar.

Hadis Nabi SAW;

‘’TIdak sempurna iman salah salah seorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai diri sendiri’’

‘’Barang siapa ingin mendapatkan manisnya iman,maka hendaklah ia mencintai orang lain kerana ALLAH SWT.’’

(HR Hakim)

CINTA KERANA NAFSU

CINTA rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh di sukat-sukat.

HATI yang merasainya sehigga boleh terhibur atau terseksa kerananya

Datang dari dua sumber,yakni dari NAFSU dan dari ALLAH SWT

Cinta yg diilhamkan oleh nafsu berlaku apabila hati kotor,sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat.sifat-sifat keji seperti sombong ,ujub,riak,gila puji,hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis,maka ketika itu NAFSUlah yang akan menjadi TUHAN dalam diri sehigga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu .TERMASUK dalam meletakkan cinta,ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.

Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikan hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan.

Begitu juga wanita,jatuh cinta sebab lelaki kaya,handsome bergaya,ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang di senangi oloh nafsunya.Lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup llki tersebut.

Jelasnya ,CINTA yang datang dari nafsu ditujukan untuk nafsu semata-mata

Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masimg-masing maka berlansunglah babak-babak melahirkan rasa cinta dari surat menyurat ,telefon ,ziarah,keluar makan-makan,berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan.Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicinta.Sehari tak jumpa atau telefon rasa terpisah bagaikan setahun.Sudah tidak malu pada orang sekeliling,apa lagi pada Allah yang maha melihat.Lagi mereka tidak ingat dan takut.Lantaran itu mereka sanggup buat apa sahaja untuk membuktikan cinta masing-masing.

Hatta yang permpuan saggup serah maruah diri konon untuk membuktikan cinta pada lelaki.Yang lelaki pula rela bergolok gadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta

Itulah falsafah cinta nafsu melulu.Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara.Hingga sanggup buat apa sahaja,sekalipun bunuh diri ,kalau kecewa dalam bercinta.Walhal sedap dan indahnya sekejap.Sakitnnya lama,sakit yang paling dasyat ialah di neraka kelak.inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.

Cinta kerana ALLAH SWT

Sebaliknya ,cinta yang dilahirkan oleh Allah ke dalam hati,itulah cinta yang benar,suci lagi murni.Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah swt. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberikan pun untuk dapat keredhaan Allah.Cinta begini tiada batasannya dan cinta ini lahir dari sama-sama cinta pada Allah.

Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki,permpuan dengan perempuan ,lelaki dengan permpuan,antara murid dengan guru,suami dengan isteri,sahabat dengan sahabat,rakyat dengan pemimpin,antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.

Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkhawinan,mereka tak memerlukan untuk berjmpa,bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah.Cinta tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi.Sebaliknya,cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah jumpa atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu.Hti sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah,senang kalau yang di cinta itu senang.Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senagkan yang dicintai.

Sumber cinta dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama.Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta makhluk maka cinta Allah di menangkan. Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melaggar perintah Allah yang kecil,apalagi yang besar,lagi di geruni.Apabila sesorang yg sudah dapat mencintai Allah,cinta yang lain-lain kecil dan rendah padanya.

Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi.Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.

Cinta pada Allah akan lahir bagi orang yg sudah cukup kenal akan Allah.Kerana cinta lahir bersebab.Bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut di curahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.

Allah menjadikan cinta untuk kita mencintainya..

Kasihan belas Allah pada kita,di izinkan cinta sesama makhluk

Sejauh mana kita memikirkannya???

‘’JIKA KAU BERIKAN HATIMU ATAUPUN CINTAMU PADA MANUSIA NESCAYA DIA AKAN MEROBEK-ROBEKKAN.TAPI KALAU HATI YANG PECAH ITU DIBERIKAN KEPADA ALLAH NESCAYA DICANTUM-CANTUMKAN-NYA (CINTA ALLAH PASTI BERBALAS)